Polis, ATM pasang kawat duri

Iklan
ATM sedang memasang kawat duri di Selangor Mansion.

KUALA LUMPUR - Pasukan keselamatan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang mempersiapkan kawalan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) ke atas dua blok bangunan kediaman di Jalan Masjid India di sini hari ini.

Kedua-dua kediaman terbabit adalah meliputi flat kediaman lapan tingkat dan mempunyai premis perniagaan di bahagian bawah iaitu Malayan Mansion dan Selangor Mansion.

Iklan
Iklan

Tinjauan Sinar Harian jam 1.30 petang tadi mendapati pihak polis dan tentera sedang memasang pagar kawat duri di laluan masuk kedua bangunan itu serta menutup keseluruhan bangunan dengan pita larangan polis berwarna kuning.

Pada masa sama, sebahagian penghuni di kediaman ini sudah dimaklumkan lebih awal mengenai PKPD, mereka hanya mampu memerhati kediaman mereka ditutup sepenuhnya.

Iklan

Berdasarkan maklumat awal, sebahagian besar penghuni yang mendiami dua blok ini adalah terdiri dari pekerja asing yang bekerja dalam pelbagai sektor di premis perniagaan berhampiran terutama di sekitar Jalan Masjid India dan Jalan Tunku Abdul Rahman.

ARTIKEL BERKAITAN: Bangunan Selangor Mansion, Selangor Malayan Mansion dikenakan PKPD

Iklan