SME Bank sumbang RM350,000 bantu tangani Covid-19

Iklan
SME Bank

SHAH ALAM – Sumbangan zakat berjumlah RM300,000 dan sumbangan korporat berjumlah RM50,000 diagihkan oleh SME Bank kepada barisan hadapan yang sedang berjuang menghadapi wabak koronavirus (Covid-19).

Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata, sumbangan ini akan meringankan beban kerajaan selain respon kepada seruan agar semua agensi dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang berganding bahu bagi menghadapi tempoh sukar ini.

Iklan
Iklan

Menurutnya, wang zakat berjumlah RM100,000 telah disalurkan kepada Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma) dan Kementerian Kesihatan (KKM) setiap satu manakala RM25,000 diagihkan kepada Hospital Serdang, Hospital Universiti Sains Malaysia, Hospital Sungai Buloh dan Hospital Kuala Lumpur melalui Persatuan Institusi Perbankan dan Kewangan Islam Malaysia (AIBIM) dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) menjadikan jumlah keseluruhannya sebanyak RM300,000.

"Bagi wang sumbangan RM50,000 pula telah diberikan untuk inisiatif #responsMalaysia di bawah kendalian Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Iklan

Sementara itu, Presiden Kumpulan/Ketua Pegawai Eksekutif SME Bank, Aria Putera Ismail berkata, SME Bank memilih organisasi ini kerana mereka berada di barisan hadapan memerangi Covid-19.

"Secara ringkas, dana itu akan digunakan untuk pembelian peralatan perubatan khas para petugas barisan hadapan kesihatan bagi merawat pesakit Covid-19 serta membantu meringankan beban mereka yang terputus pendapatan akibat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Iklan

"Selain itu, sumbangan terus ke Hospital Sungai Buloh dan Hospital Kuala Lumpur melalui AIBIM juga akan digunakan bagi membiayai pembelian peralatan perlindungan diri (PPE), lain-lain peralatan kesihatan, bahan-bahan sanitasi serta kelengkapan hostel bagi pekerja barisan hadapan,” katanya.