Jangan guna laluan tikus untuk masuk negara jiran!

Iklan
Datuk Hasanuddin Hassan

KOTA BHARU – Polis Kelantan tidak akan berkompromi dengan rakyat negeri ini yang cuba menyelinap masuk menggunakan laluan tikus untuk ke negara jiran.

Ketua Polis negeri, Datuk Hasanuddin Hassan berkata, pihaknya bertindak tegas bagi memastikan penularan wabak Covid-19 ini dapat dihentikan terutama melibatkan dua negara.

Iklan
Iklan

"Kita tidak akan ‘beri muka’ kepada sesiapa sahaja yang didapati bersalah menggunakan laluan tikus untuk ke seberang sempadan Malaysia-Thailand.

"Mana-mana pihak atau individu yang cuba melintasi atau melalui satu negara ke negara yang tidak melalui saluran yang betul, akan ditangkap.

Iklan

"Tidak kiralah sama ada warga tempatan, melawat saudara atau sebagainya kita tidak akan terima,” katanya.

selepas sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tanah Merah, di sini hari ini.

Iklan

Beliau juga percaya, negara jiran seperti Thailand turut menguatkuasakan undang-undang yang ketat dan terpulang kepada negara itu sendiri untuk melaksanakannya.

"Jika tertangkap, jangan merayu. Wabak Covid-19 ini bukan perkara main-main. Cukup bahaya,” katanya.