LONDON - UNITED KINGDOM. Pemimpin Parti Buruh, Jeremy Corbyn mengutuk Kabinet Theresa May sebagai ' tidak cekap' setelah kalah besar dalam undian Brexit dan mengemukakan undi tidak percaya terhadap kerajaannya.
"Ini adalah kekalahan dahsyat.Dewan telah membuat keputusan berhubung usulnya.Penangguhan dan penafian kini telah berakhir.
Iklan
Iklan
"Tiada perjanjian harus dibatalkan, kesatuan kekal harus diwujudkan dan hak serta perlindungan rakyat harus dijamin...setelah dua tahun gagal, May tidak mampu membuat perjanjian yang baik untuk negara ini," kata Corbyn.
Terdahulu, May menuduh Corbyn 'pandai mengkritik namun tiada kesatuan'.
Undian yang asalnya dijadualkan pada Disember tahun lalu, ditangguhkan oleh May kerana bimbang ahli Parlimen menolak perjanjian dengan Brussels itu.