Lebih 600kg pari tak lepas masuk Malaysia

Iklan
Kira-kira 608kg ikan pari bernilai RM6080 turut ditemui dalam pemeriksaaan anggota MAQIS Kedah.

ALOR SETAR - Kira-kira 608kg ikan pari antara ikan basah dirampas Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (Maqis) di Kompleks Kastam, Imigresen, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Bukit Kayu Hitam di sini.

Pengarah Maqis Kedah, Lily Rosalind berkata, pari yang dianggarkan bernilai RM6,080 itu dirampas kerana tidak memiliki permit import daripada Maqis.

Iklan
Iklan

"Kita menahan sebuah lori yang didapati membawa pelbagai jenis ikan basah dari Thailand dan pemeriksaan dilakukan didapati pelbagai jenis ikan basah seperti gelama, barat, kekek, kerisi dan selar dari negara jiran dalam kenderaan itu.

"Perbuatan mengimport keluaran pertanian tanpa permit yang sah adalah menjadi suatu kesalahan di bawah Sekyen 11(1) Akta Perkhidmatan Kuarantin Dan Pemeriksaan Malaysia 2011 [Akta 728]," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Iklan
Sebahagian ikan basah ditahan Maqis Kedah di Kompleks ICQS Bukit Kayu Hitam baru-baru ini.

Menurutnya, jika sabit kesalahan boleh dihukum di bawah Seksyen 11(3), Akta yang sama yang boleh didenda tidak melebihi RM100,000.00 atau dipenjara selama tempoh tidak melebihi 6 tahun atau kedua-duanya sekali.

Maqis sentiasa memantau dan memeriksa setiap pintu masuk negara demi memastikan tumbuhan, haiwan, karkas, ikan, keluaran pertanian dan mikroorganisma yang diimport ke negara ini bebas ancaman perosak, penyakit dan bahan cemar.

Iklan