Covid-19: Zon merah kian bertambah

Iklan

PUTRAJAYA - Zon merah jangkitan Covid-19 terus bertambah kepada 23 kawasan apabila Sepang, Selangor dan Kota Samarahan, Sarawak turut diklasifikasikan kategori tersebut.

Menerusi data yang dikeluarkan oleh Pusat Kesiapsiagaan dan Tindak Cepat Krisis (CPRC) Kebangsaan, Sepang merekodkan 46 kes manakala Kota Samarahan 42 kes positif wabak berkenaan sekaligus menjadi daerah kedua di Sarawak diletakkan di bawah zon itu selepas Kuching.

Iklan
Iklan

Dengan pertambahan tersebut, lima daerah Selangor diletakkan di bawah zon merah.

Daerah Hulu Langat telah mengatasi angka positif Petaling dengan 345 kes.

Iklan


ARTIKEL BERKAITAN: Status PKP bakal diketahui dalam masa 72 jam

Antara faktor penyumbang kepada angka tersebut adalah berkaitan dengan kluster tabligh kawasan berkenaan.

Hulu Langat telah dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) sejak 30 Mac lalu selepas Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengesan peningkatan kes mendadak di kawasan tersebut.

Iklan

Daerah Petaling merekodkan 306 kes, diikuti Klang 123 kes dan 111 kes di Gombak.

Bagaimanapun Lembah Pantai Kuala Lumpur merekodkan kes tertinggi di negara ini dengan 412 kes.

Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilaksanakan telah memasuki hari ke-20 bagi mengekang rantaian penularan wabak Covid-19.

KKM dijangka akan membuat keputusan Jumaat ini bagi memutuskan samada PKP dilanjut ataupun tidak.