Klopp dedah pemain terbaik pernah direkrutnya di Liverpool

Iklan
Jurgen Klopp

PENGENDALI Liverpool, Jurgen Klopp mendedahkan pemain pertahanan kanan pasukan itu, Trent Alexander Arnold sebagai pemain terbaik pernah direkrutnya sepanjang melatih The Reds.

Klopp yang menjadi pengendali Liverpool sejak Oktober 2015 berjaya membawa beberapa pemain hebat seperti Mohamed Salah, Sadio Mane, dan Virgil van Dijk yang kini berstatus pemain bintang dan menjadi buruan kelab gergasi Eropah.

Iklan
Iklan

Namun, Klopp lebih memilih Arnold sebagai pemain terbaik yang berjaya dibentuk dalam pasukan Liverpool yang turut menjadi sebahagian daripada kunci kejayaan pasukan dalam beberapa tahun kebelakangan ini.

"Sudah tentu Arnold. Pada satu hari, pembantu saya, Pep Lijnders membawa Arnold kepada saya dan mengatakan bahawa dia boleh bermain sebagai pertahanan dan sayap kiri atau kanan.

Iklan

"Kemudian dia datang dan ada satu masalah iaitu dia tidak cukup cergas. Tetapi dia masih muda dan kami melihat bakatnya yang besar dalam bola sepak," katanya.

Arnold adalah produk akademi Liverpool dan dinaikkan pangkat ke pasukan utama pada tahun 2016 dan menjadi antara tonggak penting buat The Reds ketika ini.

Iklan

Pemain berusia 21 tahun itu juga mencipta sejarah tersendiri apabila menjadi pemain paling muda beraksi dalam dua perlawanan akhir Liga Juara-Juara selain turut dicalonkan dalam anugerah Ballon d'Or tahun lalu.

Klopp juga menyukai sifat tidak berputus asa yang dimiliki Arnold terutama dalam memastikan dia terus cergas dan mencuri posisi kesebelasan utama pasukan.

"Kami perlu melatih dia terutama dalam meningkatkan tahap kecergasannya ketika dia baru sampai. Tetap harus diakui banyak perkara positif berjaya dia lakukan dan mengembirakan saya.

"Sekarang lihatlah dia menjadi pemain terbaik di posisi tersebut dan bakal menjadi bintang satu hari nanti," katanya.

Arnold membuat 125 penampilan untuk Liverpool dan turut menjaringan enam gol dan 34 bantuan gol dalam semua kejohanan.