Abdul Azeez, abang dibawa dari SPRM menuju mahkamah

Iklan

PUTRAJAYA - Kenderaan membawa Ahli Parlimen Baling Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim dan abangnya, Datuk Abdul Latif Abdul Rahim dilihat keluar dari ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), di sini pada pukul 7.38 pagi ini.

Kenderaan Proton Preve dan Toyota Fortuner yang membawa Abdul Azeez dan abangnya secara berasingan, diiringi satu kereta peronda polis dan dua motosikal pengiring.

Iklan
Iklan

Abdul Azeez dan abangnya ditahan pada pukul 4.30 petang semalam ketika hadir ke Ibu Pejabat SPRM di sini dan akan dituduh di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pagi ini.

Mereka akan menghadapi pertuduhan mengikut Akta SPRM 2009 dan Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram (AMLATFPUAA) 2001.- Bernama

Iklan
Iklan