RUSIA - Seorang lelaki dikecam apabila menggunakan seekor kucing sebagai bola boling ketika bermain permainan itu di rumahnya.
Menerusi Daily Star, lelaki berkenaan melakukan perbuatan itu kerana berasa bosan semasa perintah berkurung wabak koronavirus (Covid-19) dilaksanakan di negara berkenaan.
Dalam rakaman yang tular di laman sosial, anaknya merayu agar kucingnya itu tidak diperlakukan sedemikian.
Difahamkan mereka sekeluarga sedang bermain boling sebelum ibunya memberi cadangan menggantikan kucing sebagai bola boling.
Cadangan itu dipersetujui lelaki itu tanpa menghiraukan rayuan anaknya.
Rakaman itu juga menunjukkan kucing tersebut lari selepas diperlakukan sedemikian.
Sementara itu, seorang aktivis pencinta haiwan telah membuat laporan polis berhubung kejadian tersebut.
Katanya, orang ramai bernyanyi di balkoni dan berterima kasih kepada petugas perubatan dan membuat kebajikan dengan memberi sumbangan semasa perintah berkurung.
"Bukan sebaliknya, menjadikan kucing sebagai bola boling dan rakam aksi itu," katanya.