PUTRAJAYA - Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) mengesahkan dua berita yang sedang tular di media sosial membabitkan wabak Covid-19 adalah palsu.
Pasukan Respon Pantas KKMM dalam kenyataannya hari ini menjelaskan, Kementerian Kesihatan (KKM) menafikan pernah mengeluarkan kebenaran kepada mana-mana syarikat menjual kit ujian pantas Covid-19 sambil mengingatkan orang ramai agar berwaspada terhadap jualan kit tersebut di laman sosial.