97 peratus penghuni Selangor Mansion, Malayan Mansion warga asing

Iklan
Hampir keseluruhan penghuni di bangunan Selangor Mansion dan Malayan Mansion di Jalan Masjid India, Kuala Lumpur yang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) adalah warga asing. - Foto Sinar Harian/ SHARIFUDIN ABDUL RAHIM

PUTRAJAYA - Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menegaskan, sebanyak 97 peratus penghuni di bangunan Selangor Mansion dan Malayan Mansion, Jalan Masjid India di Kuala Lumpur yang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) terdiri daripada warga asing.

Sehubungan itu, beliau menjelaskan, tidak timbul isu berkaitan penyaluran sumbangan makanan kepada penghuni di bangunan berkenaan kerana ia adalah di bawah tanggungjawab kedutaan masing-masing.

Iklan
Iklan

"Saya sudah umumkan secara jelas sebelum ini bahawa warga asing yang berada di negara kita adalah tanggungjawab kedutaan asing.

"Kementerian Luar sudah menyampaikan perkara ini kepada pihak kedutaan asing supaya perkara itu dilaksanakan.

Iklan

"Walau bagaimanapun, kita berikan alternatif kepada mereka yang tinggal di situ supaya mereka boleh membeli barangan melalui pusat operasi yang diwujudkan,” katanya pada sidang media selepas Mesyuarat Khas Menteri-menteri Mengenai Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di Pejabat Perdana Menteri di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Ismail Sabri yang juga Menteri Pertahanan berkata, pesanan untuk membeli barangan perlu dilakukan melalui pusat operasi dan barangan yang telah dibelikan akan diletakkan di tempat khusus.

Iklan

"Bagaimanapun, barangan yang dipesan itu perlu dibayar sendiri oleh mereka,” katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Bangunan Selangor Mansion, Selangor Malayan Mansion dikenakan PKPD

Kawalan ketat, operasi sanitasi Selangor Mansion, Malayan Mansion hari ini