SINGAPURA - Semua warga Singapura, penduduk tetap serta pemegang pas jangka panjang yang kembali ke Singapura dari semua negara wajib menjalani proses pengasingan diri selama 14 hari di kemudahan khusus Notis Duduk Di Rumah (SHN), berkuat kuasa tengah malam ini.
Kementerian Kesihatan (MOH) Singapura, dalam laman sesawang hari ini berkata, langkah tersebut adalah lanjutan kepada peningkatan keperluan SHN untuk mereka yang pulang ke Singapura.
Iklan
Iklan
Sebelum ini, Singapura melaksanakan peraturan membendung wabak koronavirus (Covid-19) dengan mewajibkan semua rakyatnya yang pulang dari United Kingdom, Amerika Syarikat, negara ASEAN, Perancis, India dan Switzerland menjalani kuarantin selama 14 hari di fasiliti SHN yang disediakan.
"Kami meningkatkan kapasiti kemudahan SHN dan kini mampu menampung semua yang baru pulang dari semua negara,” menurut MOH.
Kementerian itu mengingatkan semua yang pulang supaya menanggung kos penuh semasa berada di fasiliti SHN. - Bernama