Jumlah petugas kesihatan perlu mencukupi: MHC

Iklan
petugas-petugas KKM membuat ujian saringan Covid-19 pada penduduk-penduduk Selangor Mansion dan Malayan Mansion ketika tinjauan berikutan perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) berikutan penemuan kes Covid-19 di bangunan berkenaan. - Foto: SHARIFUDIN ABDUL RAHIM

SHAH ALAM – Gabungan Kesihatan Malaysia (MHC) menyambut baik keputusan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba merekrut 3,000 jururawat dan pegawai kesihatan secara kontrak serta memanggil sukarelawan bagi membantu barisan hadapan memerangi wabak koronavirus (Covid-19).

Dalam satu kenyataan hari ini, MHC berkata, mereka percaya pegawai kesihatan profesional adalah amat penting dalam menghadapi wabak dan mengekalkan khidmat kesihatan kepada rakyat Malaysia.

Iklan
Iklan

"Buat masa ini, kita perlu mengekalkan kekuatan jumlah bagi mengelakkan keletihan di kalangan pegawai kesihatan.

"Mereka telah memenuhi tugas mereka ketika pandemik ini dengan keberanian dan pengorbanan. Negara perlu mengiktiraf mereka,” kata MHC.

Iklan

Selain itu, MHC mencadangkan kerajaan memanjangkan kontrak dan seterusnya menyerap mereka untuk jawatan kekal dalam beberapa kategori barisan hadapan kesihatan.

"Jawatan tersebut adalah seperti pergigian, inspektor kesihatan, pegawai perubatan, jururawat, paramedik dah ahli farmasi,” kata kenyataan itu.

Iklan