Insurans, takaful lancar dana ujian Covid-19

Iklan
Persatuan Insurans Hayat Malaysia (LIAM), Persatuan Insurans Am Malaysia (PIAM) dan Persatuan Takaful Malaysia (MTA) hari ini melancarkan Dana Ujian koronavirus (Covid-19) (CTF) yang bertujuan menguji lebih 26,600 rakyat Malaysia. GAMBAR HIASAN

KUALA LUMPUR- Persatuan Insurans Hayat Malaysia (LIAM), Persatuan Insurans Am Malaysia (PIAM) dan Persatuan Takaful Malaysia (MTA) hari ini melancarkan Dana Ujian koronavirus (Covid-19) (CTF) yang bertujuan menguji lebih 26,600 rakyat Malaysia.

Dalam satu kenyataan bersama hari ini, mereka berkata, dana itu akan mensubsidi kos ujian bagi pemegang polisi yang paling berisiko untuk Covid-19 dengan bayaran maksimum sebanyak RM300 setiap ujian (terhad kepada satu bayaran balik bagi setiap individu).

Iklan
Iklan

"Pemegang polisi dan pemegang sijil akan dapat mengemukakan tuntutan mereka dalam talian melalui portal di laman web MyCTF, www.MyCTF.my dari hari Sabtu, 11 April, 2020, manakala pusat panggilan bebas tol 24/7 di seluruh negara akan beroperasi mulai hari Rabu, 8 April 2020," kata mereka.

Mereka berkata portal MyCTF yang baru dilancarkan menyediakan maklumat tentang kelayakan, soalan yang sering ditanya, panduan tuntutan serta borang tuntutan yang boleh dimuat turun.

Iklan

Industri insurans dan takaful telah berikrar untuk menyumbang CTF berjumlah RM8 juta itu bertujuan menyokong usaha Kementerian Kesihatan bagi menjalankan lebih banyak ujian COVID-19 untuk rakyat Malaysia, dan ujian itu disediakan dari 27 Mac, 2020 dan seterusnya.

Untuk maklumat lanjut mengenai CTF, layari www.MyCTF.my atau hubungi nombor hotline MyCTF 15500 / 1-300-22-11-88.-Bernama

Iklan