Covid-19: 21 doktor maut di Filipina

Iklan
Kekurangan peralatan perlindungan diri (PPE) untuk doktor dan kakitangan kesihatan lain di hospital swasta mendedahkan mereka kepada risiko dijangkiti. - Foto AFP

ANKARA - Sekurang-kurangnya 21 doktor meninggal dunia di Filipina akibat koronavirus (Covid-19), lapor agensi berita Anadolu memetik media tempatan.

Negara itu melaporkan 177 kematian dengan kes positif sebanyak 3,764.

Iklan
Iklan

"Kematian doktor itu selepas dijangkiti daripada pesakit yang berbohong mengenai kesihatan mereka dan tidak memaklumkan pernah terdedah kepada pesakit Covid-19," kata presiden Persatuan Hospital Swasta, Rustico Jimenez.

Setakat ini, 740 pegawai perubatan di Filipina disahkan mempunyai kontak dengan pesakit Covid-19 dan kini menjalani kuarantin sendiri selama 14 hari.

Iklan

Jimenez berkata, kekurangan peralatan perlindungan diri (PPE) untuk doktor dan kakitangan kesihatan lain di hospital swasta mendedahkan mereka kepada risiko dijangkiti.

"Hospital swasta tidak menerima PPE, kami beli sendiri, tetapi sekarang susah untuk dapatkan bekalan," kata Jimenez.-Bernama

Iklan