CYBERJAYA- Warga asing yang kurang berkemampuan turut menerima bantuan daripada Tabung Musa'adah koronavirus (Covid-19) bagi memastikan kebajikan golongan itu tidak terabai sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Zulkifli Mohamed Al-Bakri berkata, kerajaan amat prihatin dengan nasib golongan berkenaan yang turut membantu negara dengan memberi kerjasama dalam memutuskan rantaian jangkitan wabak itu.
Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri pada sidang media selepas menyantuni dan menyampaikan sumbangan barangan keperluan kepada pekerja buruh binaan dari Madura Indonesia yang bekerja di Cyberjaya hari ini. - Foto Bernama