Tanda kasihkan isteri

Iklan
Albert tetap temani isteri dari luar hospital. - Foto Kelly

TEXAS - Seorang suami tidak dapat menemani isterinya menjalani rawatan kemoterapi di hospital tampil kreatif apabila tetap setia menemani di luar hospital.

Menerusi Daily Mail, ketika wabak koronavirus (Covid-19) melanda negara, pelawat tidak dibenarkan mengunjungi hospital menyebabkan Albert Conner, 44, akur dengan arahan itu.

Iklan
Iklan

Bagaimanapun, rasa kasih dan sayang kepada isterinya, Kelly Conner, 40, yang menghidap penyakit kanser payu dara, Albert tetap menunggu isterinya di luar hospital berdepan dengan tingkap bilik rawatan kemoterapi.

Kelly jalani rawatan kimoterapi. - Foto Kelly

Albert juga menulis di kadbod dengan kata-kata;

Iklan

"Saya tidak boleh bersama kamu tetapi saya ada di sini. Saya sayang kamu.

"Terima kasih kepada semua kakitangan," katanya.

Iklan

Tindakan Albert membuatkan Kelly terharu kerana pada hari tersebut, dia memandu sendirian ke hospital dan tidak menyangka suaminya mengekori malah menemaninya dari jauh.