Hanee nak ambil masa kejap...

Iklan
Juara Dewi Remaja 2018/2019, Haneesya Hanee. - Foto: Nu Ideaktiv

JUARA Dewi Remaja 2018/2019, Haneesya Hanee, memilih untuk mengunci mulut berikutan kontroversi video yang memaparkan dirinya bersama beberapa Dewi Remaja lain di sebuah kelab malam.

Menurut Haneesya atau nama sebenarnya Sharifah Haneesya Sayed Sahlan, 19, dia mahu mengambil masa terlebih dahulu.

Iklan
Iklan

"Buat masa sekarang Hanee tak ada komen, Hanee nak ambil masa kejap. Terima kasih," ujarnya menerusi mesej melalui WhatsApp kepada Sinar Harian, pagi tadi.

Video yang tersebar sehari selepas dia dinobatkan sebagai juara Dewi Remaja itu, memaparkan Haneesya bersama beberapa finalis Dewi Remaja lain berhibur di sebuah kelab malam.

Iklan
Iklan

Bagaimanapun, mereka didakwa turut mengambil minuman keras.