Dua maut, nahas awal pagi di LPT1

Iklan
Anggota JBPM mengeluarkan mayat mangsa dalam kemalanagn awal pagi tadi .

KUANTAN- [DIKEMASKINI] Pemandu dan penumpang sebuah lori maut selepas kenderaan dinaiki merempuh belakang lori treler di Kilometer 197.2 Lebuh Raya Pantai Timur 1 di sini awal pagi tadi.

Kemalangan berlaku di Kilometer 197.3 Lebuh Raya Pantai Timur 1 (LPT1) di sini awal pagi tadi.

Dalam kemalangan kira-kira jam 5.20 pagi itu, pemandu Mohd Faizal Abdullah, 38 dan kelindan, Suhaimi Abdullah, 47, kedua-duanya dari sini disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Iklan
Iklan

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Pahang, Superintendan Kamarulzaman Jusoh berkata, berdasarkan siasatan awal, lori jenis Mitsubishi Fuso dinaiki mangsa dalam perjalanan pulang dari Selayang ke Kuantan.

Menurutnya, ketika tiba di lokasi kejadian, lori dinaiki mangsa dipercayai gagal mengelak lalu merempuh belakang lori treler membawa muatan batu yang berada di lorong kiri arah sama.

Iklan

"Akibat rempuhan, lori dinaiki mangsa terlekat di belakang lori dan terseret sejauh kira-kira 150 meter sebelum kejadian disedari pemandu treler yang segera memberhentikan kenderaannya.

"Kedua-dua mangsa cedera parah dan tersepit dalam kenderaan tersebut sebelum dikeluarkan dengan bantuan anggota bomba,” katanya.

Iklan

Kamarulzaman berkata, mangsa yang disahkan meninggal dunia di tempat kejadian dihantar ke Hospital tengku Ampuan Afzan di sini untuk bedah siasat sebelum jenazah dituntut keluarga untuk dikebumikan.

Beliau berkata, kemalangan mengorbankan pemandu dan kelindan lori itu disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.