Pegawai tinggi kerajaan setuju kurangkan Imbuhan Tetap Keraian

Iklan
Mohd Zuki Ali

PUTRAJAYA - Pegawai Perkhidmatan Awam Kumpulan Pengurusan Tertinggi bersetuju untuk menyumbang kepada Tabung Covid-19 melalui pengurangan Imbuhan Tetap Keraian (ITK) kepada Jawatan Utama Sektor Awam (JUSA).

Dalam kenyataan hari ini, Ketua Setiausaha Negara, Datuk Seri Mohd Zuki Ali berkata, keputusan itu dibuat semasa mesyuarat bersama Ketua-Ketua Setiausaha dan Ketua Perkhidmatan pada Selasa.

Iklan
Iklan

"Kadar pengurangan ITK bagi Gred Utama/Khas B dan C adalah sebanyak lima peratus serta 10 peratus bagi Gred Utama/Gred Khas A dan ke atas,” katanya.

Menurutnya, sumbangan tersebut dibuat oleh pegawai tinggi kerajaan kerana peka terhadap situasi semasa negara.

Iklan

Bagaimanapun katanya, pengurangan ITK tersebut dikecualikan kepada pegawai petugas barisan hadapan yang menerima elaun khas dalam Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat.

"Segala penjimatan daripada pengurangan ITK akan disalurkan ke dalam Tabung Covid-19. Inisiatif ini dilaksanakan atas rasa tanggungjawab para penjawat awam dan sebagai tanda sokongan kepada negara dalam menangani penularan wabak Covid-19,” katanya. - Bernama

Iklan