OPEC bincang perjanjian baharu kurangkan pengeluaran minyak

Iklan
Gambar hiasan. - Foto 123RF

MOSCOW - Pertubuhan Negara-Negara Pengeksport Minyak (OPEC) bersama negara bukan anggota akan membincangkan perjanjian baharu bagi mengurangkan pengeluaran minyak dalam menstabilkan situasi pasaran yang menghadapi tekanan akibat koronavirus (Covid-19).

Mesyuarat itu akan diadakan menerusi sidang video pada Jumaat diikuti sidang video membabitkan menteri tenaga G20.

Iklan
Iklan

Sumber memberitahu agensi berita Sputnik, keputusan muktamad mesyuarat OPEC bergantung kepada perbincangan menteri G20 itu.

Pada mesyuarat Mac lalu, diadakan sebagai langkah menyokong tekanan pasaran, negara anggota OPEC gagal mencari kata putus mengenai perjanjian baharu.

Iklan
Iklan

Penyelesaian juga gagal dicapai berhubung cadangan Rusia untuk melanjutkan perjanjian sedia ada bagi mencari jalan tengah, manakala cadangan Arab Saudi bagi pengurangan pengeluaran minyak sehingga 1.5 juta tong sehari, turut tidak diterima negara anggota. - Bernama