Peniaga perlu kreatif jika tidak mahu gulung tikar: Penganalisis

Iklan
“Maklumat itu palsu menimbulkan kegusaran dalam kalangan rakyat dan polis tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan tegas kepada penyebar berita tidak benar," kata Hasanuddin

SHAH ALAM - Banyak perubahan berlaku terhadap perniagaan atau syarikat kecil jika tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilanjutkan, malah besar kemungkinan ada yang gulung tikar.

Menurut penganalisis ekonomi bebas, Dr Baayah Baba, selain hampir semua sektor terjejas, pekerja di sektor perusahaan kecil itu juga akan dibuang kerja akibat wabak koronavirus (Covid-19) yang berpanjangan.

Iklan
Iklan

"Kalau PKP berterusan memang susah juga. Berapa ramai yang akan kena buang kerja jika syarikat kecil gulung tikar.

"Kerajaan boleh membantu untuk jangka masa pendek. Beri pinjaman tanpa faedah contohnya.

Iklan

"Namun, ada juga perniagaan akan maju seperti mereka yang buat servis penghantaran dan golongan mereka yang sanggup dan rajin bergerak" katanya mengulas sekiranya PKP dilanjutkan ketika dihubungi Sinar Harian di sini hari ini.

Status sama ada PKP fasa kedua yang berakhir pada 14 April ini dilanjutkan atau ditamatkan hanya akan diketahui esok.

Iklan

Mengulas lanjut, katanya, syarikat kecil perlu mengubah cara operasi perniagaan mereka dengan lebih menumpukan kepada perniagaan dalam talian untuk terus kekal beroperasi.

"Dalam tempoh PKP ini, sudah tentunya cara perniagaan dijalankan terpaksa berubah. Lebih banyak perniagaan dijalankan secara dalam talian. Perniagaan kecil juga boleh hidup kalau rajin.

"Keadaan itu boleh dilihat sekarang apabila banyak yang berniaga makanan dari rumah menggunakan khidmat penghantaran. Sama ada hantar sendiri atau guna khidmat luar seperti GrabFood," katanya.

Selain itu, katanya, restoran boleh dibuka dengan menjual makanan serta minuman secara bawa pulang manakala pasar raya juga boleh menawarkan perkhidmatan menghantar barang ke rumah pelanggan.

"Namun, keadaan di pasar raya tidak banyak terjejas kerana kekal beroperasi seperti biasa namun mereka perlu sediakan cecair pembasmi kuman dan topeng muka serta sarung tangan pakai buang untuk pelanggan," katanya.