Peru lanjut darurat sehingga 26 April

Iklan
Presiden Peru, Martin Vizcarra - Foto Sumber Internet

BUENOS AIRES - Pihak berkuasa Peru melanjutkan perintah darurat di negara itu sehingga 26 April ekoran pandemik koronavirus (Covid-19), kata Presiden Martin Vizcarra.

"Kita terpaksa melanjutkan perisytiharan darurat ini sehingga Ahad, 26 April.

Iklan
Iklan

"Kita belum boleh mengurangkan kawalan dan usaha (memerangi Covid-19) terutama bila tempoh paling sukar tiba," lapor agensi berita Sputnik memetik ucapan Vizcarra menerusi video Facebook.

Darurat diisytiharkan di Peru pada 16 Mac selama 15 hari sebelum dilanjutkan sehingga 12 April.

Iklan

Peru merekodkan 4,342 kes Covid-19 dengan 121 kematian.

Menurut Johns Hopkins University, lebih 1,511,000 orang dijangkiti penyakit itu di seluruh dunia dengan lebih 88,000 kematian.

Iklan

Lebih 328,000 pesakit sembuh. - Bernama