MUAR - Sepasang suami isteri orang kurang upaya (OKU) yang merupakan penerima bantuan sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) mendapat perhatian netizen.
Menerusi kiriman Facebook bernama Othman Bon, pasangan tersebut dikatakan tidak mempunyai kaki dan terbatas pergerakannya.
"ALLAH, ada lagi yang benar-benar memerlukan bantuan. Tanpa bersuara, isteri tiada sebelah kaki (manakala) suaminya tiada kedua-dua belah kaki.
"Semoga keluarga ini tabah menempuh kehidupan ini,” kata Othman.
Katanya, setelah mengetahui keadaan suami isteri tersebut, Othman bergegas ke rumah pasangan itu bersama wakil rakyat bagi menghulurkan bantuan.
Netizen rata-ratanya bersimpati dengan keadaan mereka dan meminta maklumat terperinci kerana ingin turut sama menghulurkan bantuan.
"Boleh sertakan info sedikit?” tanya pengguna Facebook bernama Mira Munira.
"Boleh beritahu kawasan mana?” tanya pengguna Facebook bernama Mohd Fazli Mohd Jamal.
Kiriman tersebut mendapat 2,000 perkongsian dan 78 komen.