'Tuhan jaga kita': Glenn Fredly

Iklan
Instagram Mutia mencuri perhatian netizen.

TUHAN selalu jaga kita, demikian luahan isteri kepada penyanyi lagu Januari iaitu Glenn Fredly yang telah meninggal dunia semalam akibat radang otak.

Mutia Ayu, berkongsi isi hatinya di Instagram miliknya dan memuat naik gambar mereka berpelukan.

Iklan
Iklan

Menerusi entri itu, Mutia memuat kapsyen mewakili anak perempuannya yang baru berusia 40 hari, di saat ini telah kehilangan bapanya.

"Ketika Gewa sudah dewasa nanti dan mengerti, Gewa pasti akan berkata 'Gewa Bangga menjadi anak perempuan Ayah' Tuhan selalu jaga kami. I love you, Glenn Fredly. Hari ini adalah 40 hari selepas lahiran," tulisnya.

Iklan

Perkongsian itu membuatkan peminatnya sebak dan menangis kerana pemergian mengejutkan industri seni Indonesia.

"Tuhan akan bersamamu dengan bayi cantik. Terus kuat," kata @aurakasih.

Iklan

Kata @kren,"Dan apabila Gwen besar, pasti bangga dengan lagu yang milik bapa kamu."

Seorang lagi pengguna laman sosial, @okinera pula melahirkan rasa sedih kerana Glenn Fredly merupakan penyanyi kegemarannya sejak dari dulu.

"Tiada lagi dengar suara merdunya. Moga keluarga kamu kuat harungi dugaan," katanya.