PKP: Jalan Sungai Kajang ditutup

Iklan
Polis menutup Jalan Sungai Kajang semalam.

TANJONG KARANG - Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Selangor terpaksa mengambil langkah lebih tegas dengan menutup Jalan Sungai Kajang semalam.

Ketua Polis Daerah Kuala Selangor, Superintendan Ramli Kasa berkata, penutupan jalan itu bertujuan mengehadkan perjalanan orang ramai agar mematuhi arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi membendung penularan wabak koronavirus (Covid-19).

Iklan
Iklan

Menurutnya, jalan itu juga sering digunakan pemandu kenderaan untuk mengelak pemeriksaan polis.

"Sebelum ini laluan tersebut digunakan orang ramai untuk mengelak sekatan jalan raya yang dibuat di hadapan Balai Polis Tanjong Karang," katanya.

Iklan

Sebelum ini tular beberapa status dan gambar yang di muat naik di media sosial Facebook berhubung penutupan jalan berkenaan.

Sebuah laman Facebook memberitahu, semakin banyak kawasan sempadan ditutup dan kemungkinan PKP akan dilanjutkan.

Iklan

"Adakah ini isyarat jelas PKP akan disambung lagi dua minggu atau mungkin panjang lagi?" katanya.