Tiada kluster Covid-19 terbaharu di Pulau Pinang: Kon Yeow
Iklan
Chow Kon Yeow
GEOTGETOWN - Kerajaan Pulau Pinang mengesahkan kes terbaharu koronavirus (Covid-19) di negeri ini bukan dari kluster baharu, sebaliknya ia dari kluster yang terdahulu.
Iklan
Iklan
Ketua Menteri, Chow Kon Yeow berkata, walaupun peningkatan enam kes baharu semalam agak mengejutkan, namun ia sebenarnya satu perkembangan yang baik.
Menurutnya, sehingga semalam, kes di Pulau Pinang mencatatkan 108 kes dengan enam yang terbaharu.
Iklan
"Tidak dinafikan bahawa ramai yang berasa bimbang apabila melihat kes positif Covid-19 telah meningkat sebanyak enam kes semalam di Pulau Pinang berbanding sifar ataupun hanya satu kes pada hari-hari sebelumnya.
"Namun, syukur tiada laporan wujudnya kluster baharu di negeri ini. Kes-kes terbaharu merupakan pendedahan kluster lama dan ini sebenarnya satu perkembangan yang baik.
Iklan
"Kita perlu memastikan semua kes positif Covid-19 dikenal pasti dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini," katanya pada sidang akhbar melalui Facebook Live di Kompleks Tun Abdul Razak di sini hari ini.
Kon Yeow berkata, semua pihak diminta supaya terus berjuang bagi memastikan penularan wabak Covid-19 terputus sekali gus mengembalikan suasana seperti sebelum ini.
"Berkali-kali saya tegaskan sebelum ini bahawa jangan terlalu leka dengan angka-angka ini kerana pertempuran ini adalah sebuah maraton dan bukannya larian pecut yang hanya berakhir dalam tempoh masa singkat.
"Kita masih perlu dan terus bekerja keras. Jangan sesekali menanam sifat sambil lewa bahawa kita sudah boleh bertenang hanya kerana dikaburi oleh angka-angka berkaitan.
"Jangan ingat perjuangan kita sudah selesai, tetapi sebenarnya kena kerja lebih kuat. Atas dasar itu, saya telah memohon kerajaan Pusat meningkatkan lagi kadar ujian saringan Covid-19 di Pulau Pinang. Kita mesti mengetahui dengan jelas semua kes positif dan mengambil tindakan yang sepatutnya termasuk mengasingkan pesakit-pesakit ini bagi memutuskan rantaian penularan," katanya.
Beliau menasihatkan orang ramai agar tidak panik dengan peningkatan kes selepas kadar ujian saringan telah dipertingkatkan.
"Jika kita lihat Korea Selatan, mereka berjaya mengekang wabak itu antaranya dengan menjalankan saringan sebanyak yang mungkin. Pada aspek ini, kerajaan negeri sudi bekerjasama dengan kerajaan Pusat dalam menjayakan pendekatan yang dicadangkan ini.
"Saya juga memohon supaya kita terus memberi sokongan padu kepada petugas barisan hadapan yang telah bertungkus-lumus untuk memastikan penularan wabak Covid-19 ini terputus," katanya.
Pengalaman berdepan situasi cemas di tengah laut termasuk menyelamatkan beberapa mangsa tragedi bot karam baru-baru ini membuatkan Pencipta kandungan atau YouTuber dikenali sebagai Mohd Khushairi Mohd Zuki lebih menitik beratkan soal keselamatan setiap kali turun memancing, lapor wartawan Sinar Harian, Mohd Iskandar Othman.
Berkongsi pengalaman bersama rakan menyelamatkan empat nelayan warga Indonesia yang terapung selama empat hari di tengah laut berhampiran Pulau Jarak pada Rabu lalu, Mohd Khushairi berkata, mereka bernasib baik kerana dapat berpaut pada tong ikan dan botol yang diikat pada badan masing-masing.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/698041/edisi/utara/youtuber-kongsi-pengalaman-selamatkan-empat-mangsa-bot-karam