Covid-19 aktif semula pada pesakit sembuh

Iklan
Jumlah kes jangkitan Covid-19 dilaporkan semakin menurun di Korea Selatan selepas ia mencapai kemuncak pada 29 Februari lalu. - FOTO: AFP

SEOUL - Koronavirus (Covid-19) mungkin ‘aktif semula’ menjangkiti individu yang telah sembuh.

Perkara itu dinyatakan oleh Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC) Korea Selatan selepas kira-kira 51 pesakit yang diisytiharkan telah pulih Covid-19 kembali positif virus tersebut.

Iklan
Iklan

Pengarah Umum CDC, Jeong Eun-kyeong berkata, virus tersebut mungkin aktif semula dalam tubuh mereka tidak lama selepas tempoh kuarantin berakhir.

"Kami sedang menjalankan kajian komprehensif tentang perkara ini. Terdapat banyak kes apabila keputusan ujian pada pesakit berubah-ubah,” ujarnya yang mengesahkan CDC Korea akan melakukan penyelidikan epidemiologi terhadap perkara tersebut.

Iklan

Difahamkan, pesakit dianggap pulih sepenuhnya selepas menjalani dua ujian secara selang dalam tempoh 24 jam yang menunjukkan keputusan negatif.

Korea Selatan merupakan salah sebuah negara paling awal yang menyaksikan penularan wabak itu pada skala besar dan merekodkan 200 kematian, namun kes baharu telah menurun sejak ia mencapai kemuncak dengan jumlah 1,189 kes pada 29 Februari lalu.

Iklan

Program ujian paling mahal di dunia dan pendekatan teknologi telah membantu Korea Selatan membendung wabak itu tanpa melaksanakan langkah lockdown atau menutup operasi perniagaan.

Sebelum ini, China pernah menyuarakan kebimbangan terhadap situasi pesakit sudah sembuh dijangkiti semula selepas beberapa laporan mendakwa segelintir daripada individu kembali positif.

Beberapa pihak mendakwa masalah itu mungkin berpunca daripada keputusan ujian yang tidak konsisten. - Agensi