[LAPORAN KHAS] Cadang food truck ganti bazar Ramadan

Iklan
Banyak negeri telah mengumumkan pembatalan bazar Ramadan tahun ini angkara Covid-19. - Foto internet

TANGGAL 24 April atau lebih tepat 1 Ramadan bakal tiba kira-kira dua minggu sahaja lagi.

Ramadan amat dinanti umat Islam di seluruh dunia untuk memulakan ibadah puasa dan menggandakan pahala ibadah lain.

Iklan
Iklan

Namun, tahun ini, Ramadan datang dengan dugaan berbeza. Virus korona telah mengubah gaya hidup lebih 32 juta rakyat Malaysia.

Dengan virus maut ini belumpun mahu mengangkat bendera putih selepas hampir berminggu-mingu kita berperang dengannya, rakyat Malaysia terpaksa akur menjalani bulan puasa tanpa bazar Ramadan.

Iklan

Setakat laporan khas ini ditulis, hampir semua negeri di Malaysia telah mengumumkan pembatalan bazar Ramadan pada tahun ini kecuali Perlis, Perak dan Johor.

Walaupun pembatalan ini demi kesejahteraan semua, namun tidak dapat dinafikan ia memberi impak kepada para peniaga yang mengharapkan rezeki Ramadan.

Iklan

Presiden Gabungan Persatuan-Persatuan Penjaja dan Peniaga Malaysia, Datuk Seri Rosli Sulaiman mengakui ramai penjaja menzahirkan kegusaran ekoran bazar Ramadan tidak boleh beroperasi selepas negara berdepan ancaman penularan Covid-19.

Rosli

"Cuma Covid-19 lebih bahaya kepada masyarakat, maka kita harus terima perkara ini,” katanya kepada Sinar Harian baru-baru ini.

Food Truck, e-Bazar

Bagaimanapun, bagi Rosli yang juga Presiden Persatuan Peniaga dan Penjaja Bumiputera Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, ia bukan pengakhiran buat 1.5 juta penjaja berlesen di Malaysia.

Katanya, pelbagai cara dapat dilakukan untuk memasarkan produk makanan kepada umat Islam untuk juadah berbuka puasa.

Katanya, ketika ini pihak persatuan sedang membangunkan satu platform e-Bazar Ramadan khusus bagi membolehkan peniaga dan penjaja memasarkan hasil jualan mereka.

"Apabila aplikasi ini siap tidak lama lagi, kita akan mengenal pasti syarikat khidmat penghantaran makanan terpilih untuk membolehkan makanan yang dipesan melalui platform e-bazar Ramadan dapat dihantar kepada pengguna,” jelasnya.

Selain itu, tambah Rosli, di Kuala Lumpur pula persatuan di bawah gabungannya dalam rancangan menggunakan lebih kurang 400 food truck (kenderaan saji) di 11 kawasan Parlimen dan enam hotspot di kawasan Lembah Klang terpilih.

Gambar hiasan

"Saya telah berbincang dengan presiden-presiden persatuan, kita mendapat persetujuan secara lisan agar peniaga dapat memasarkan makanan menggunakan food truck ini. Di Lembah Klang, sebagai contohnya, ada enam hotspot iaitu Bangsar, Wangsa Maju, Cheras, TTDI, Jalan Ampang dan Kepong.

"Peniaga kecil hanya perlu memasak, misalnya, nasi ayam atau kuih pelita, kemudian letakkan di food truck di mana-mana kawasan berdekatan dengan lokasi mereka. Yang menjaga makanan di food truck ini bukan penjaja tetapi pemilik food truck itu sendiri.

"Untuk cara memasarkan kepada pengguna pula kita cadangkan dua cara. Pertama, pengguna datang ke lokasi pusat food truck tetapi kita kawal dan hadkan jumlah orang yang masuk untuk menjaga jarak sosial.

"Keduanya, kita akan gunakan khidmat rider penghantar makanan.

"Setakat ini, kita telah mendapat persetujuan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur dan mereka akan bekerjasama dengan persatuan yang mengendalikan konsep seperti ini,” katanya.

Katanya, konsep tersebut dijangka dapat memenuhi tiga kaedah baharu untuk menjual makanan dan minuman yang disarankan Kementerian Wilayah Persekutuan iaitu Pandu Lalu, Tempahan Awal, Bungkus dan Ambil serta penghantaran e-Hailing.

Cadang khidmat rider untuk penghantaran makanan.

Sementara itu, di kawasan luar bandar pula yang tiada perkhidmatan penghantar makanan dalam talian dan food truck, Rosli mencadangkan supaya penjaja mengambil langkah proaktif seperti memasarkan produk makanan dengan menggunakan medium komuniti setempat.

Santan buka e-Bazar untuk peniaga kecil

Menyedari bazar Ramadan tahun ini mungkin dibatalkan kerana Covid-19, Restoran Santan yang juga jenama menu dalam penerbangan AirAsia memperkenalkan inisiatif digital bagi membantu peniaga kecil dan persendirian menjual juadah pada bulan Ramadan.

Pengurus Besar Santan, Catherine Goh berkata, dengan program itu, para peniaga akan dapat meneruskan perniagaan mereka dengan jualan di platform e-Bazar Ramadan yang akan berlangsung di laman web santan.com.my bermula 23 April hingga 23 Mei ini.

Katanya, Santan akan bekerjasama dengan beberapa syarikat khidmat penghantaran makanan meliputi Lembah Klang bagi memastikan semua pesanan dapat dinikmati oleh semua orang sewaktu tempoh penjarakan sosial ini.

"Kami percaya bahawa ini adalah masa yang penting untuk kita terus menyokong komuniti tempatan terutamanya apabila sebahagian besar bergantung kepada perniagaan mereka pada bulan Ramadan untuk terus menyara keluarga.

"Kami amat teruja melihat nama-nama besar lain, tetapi sudah tentu masih ada jurang yang perlu diisi dan kami ingin membantu memenuhi jurang itu,” katanya.