Bella Dally bertunang: Perancangan ALLAH lebih sempurna

Iklan

PELAKON, Bella Dally mengakui sudah mengikat tali pertunangan pada 12 Januari lalu.

Pendedahan itu dibuat Bella menerusi akaun Instagramnya pagi tadi.

Iklan
Iklan

"Saya telah mengikat tali pertunangan pada 12.01.2019. Saya mengucapkan terima kasih kepada semua atas doa, kasih sayang dan sokongan yang diberikan.

"Benar, perancangan ALLAH itu lebih sempurna," tulisnya.

Iklan

Biarpun pernah menyatakan mahu memberi fokus terhadap kerjaya dan dirinya selepas bercerai dengan aktor dan model, Nazim Othman, Mei tahun lalu, namun Bella mengakui dia sendiri tidak pernah menjangka semua ini akan berlaku.

"Jangkakan apa yang tidak dijangka dan percayakan perjalanan anda. Terima apa sahaja yang menimpa anda," ujarnya.

Iklan

Bella atau nama sebenarnya Nabila Ali Dally, 28, berkahwin dengan Nazim pada 10 September 2016 selepas setahun mengikat tali pertunangan.

Bagaimanapun pasangan ini mengumumkan penceraian mereka pada 2 Mei lalu dan mereka tidak dikurniakan cahaya mata.