[VIDEO] Permaisuri Agong kurnia sumbangan katil lipat buat 'frontliners'

Iklan
Paparan Instagram Permaisuri Agong tarik perhatian rakyat.

KUANTAN - Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berkenan mengurniakan sumbangan katil lipat kepada Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) dan Pusat Perubatan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (IIUM Medical Centre).

Baginda berkongsi perkara itu di Instagram airtangan_tunkuazizah hingga menarik perhatian rakyat.

Iklan
Iklan

Dengan kapsyen,"Ini sahaja yang saya dan anak-anak mampu. Katil lipat untuk doktor dan jururawat serta petugas-petugas hospital untuk keselesaan mereka."

Seperti sedia maklum, baginda juga berkenan menyediakan makanan untuk petugas barisan hadapan semasa wabak koronavirus (Covid-19).

Iklan

Posting berkenaan mendapat lebih 15,000 tanda suka dan ratusan komen netizen yang rata-rata terharu dengan keprihatinan baginda serta keluarga.

@longudz,"Alhamdulillah, menjunjung kasih tuanku. Syukran."

Iklan

Kata @tehlaici,"Pasti ia sangat memberi makna kepada penerima."

Menurut @aleryy pula, bantuan berkenaan sangat diperlukan dan pastinya ia akan memberi keselesaan buat petugas barisan hadapan.