280 penuntut Malaysia di Mesir dijangka berlepas pulang malam ini

Iklan
Gamal A. Metwally

KUALA LUMPUR - Pesawat sewa khas yang dijadual membawa pulang seramai 280 penuntut Malaysia di Mesir, dijangka berlepas hari ini dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kaherah pada 2 petang (waktu tempatan) (8 malam waktu Malaysia).

Duta Mesir ke Malaysia, Gamal A. Metwally berkata, beliau menerima panggilan dari Malaysia Airlines pada Rabu lepas bagi permohonan mendarat di lapangan terbang utama negara itu untuk misi membawa pulang pelajar berkenaan.

Iklan
Iklan

Beliau berkata, pesawat berkenaan disewa khas oleh ahli keluarga pelajar, susulan penularan wabak koronavirus (Covid-19).

"Pesawat dijangka tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Sepang, awal pagi esok Sabtu (11 April) (dijadual 5.40 pagi waktu Malaysia).”

Iklan
Iklan

"Saya mendoakan perjalanan mereka selamat dan dapat pulang semula ke Mesir bagi menamatkan pengajian,” kata duta ketika dihubungi Bernama hari ini. - Bernama