Rakyat Malaysia di Australia tidak perlu terburu-buru pulang

Iklan
Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Australia berkata, kerajaan negara ini memutuskan rakyat Malaysia kekal di mana mereka berada sekarang dan tidak perlu pulang ke negara asal.

KUALA LUMPUR- Rakyat Malaysia di Australia diminta bertenang dan tidak terburu-buru membuat keputusan untuk pulang susulan pandemik koronavirus (Covid-19).

Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Australia berkata, kerajaan negara ini memutuskan rakyat Malaysia kekal di mana mereka berada sekarang dan tidak perlu pulang ke negara asal.

Iklan
Iklan

"Bagaimanapun, mereka yang mempunyai visa jangka pendek dan penuntut yang mengalami masalah kewangan dan tidak boleh bertahan untuk jangka masa panjang, boleh pulang menggunakan penerbangan komersial yang ada.

"Rakyat Malaysia di Australia perlu menjaga keselamatan dan kesihatan, serta sentiasa mengikuti perkembangan mengenai peraturan ditetapkan kerajaan, memandangkan langkah pencegahan setiap negara tidak sama," kata Suruhanjaya Tinggi dalam satu kenyataan kepada Bernama.

Iklan

Suruhanjaya Tinggi itu berkata, sejak pengumuman Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di Malaysia bermula 18 Mac lalu, pihaknya telah menerima banyak panggilan telefon daripada rakyat Malaysia, bertanyakan mengenai penerbangan dan isu lain yang berkaitan.

Menurut kenyataan itu lagi, setiap hari terdapat rakyat Malaysia yang kembali ke Malaysia, meskipun operasi penerbangan komersial terhad dari bandar-bandar utama di Australia.

Iklan

"Jumlahnya berbeza setiap hari berdasarkan tiket yang dibeli sendiri rakyat Malaysia. Bagaimanapun, kami faham terdapat rakyat Malaysia yang memutuskan untuk tinggal di Australia sehingga wabak berakhir.

Suruhanjaya Tinggi merakamkan penghargaan kepada Kerajaan Australia dan pihak berkuasa negeri yang sentiasa memberi kerjasama dalam memastikan urusan mereka yang ingin balik berjalan lancar meskipun terdapat beberapa kesulitan. -Bernama