Tiada kakitangan HTAA dijangkiti Covid-19

Iklan
Gambar hiasan

KUANTAN - Pegawai Perubatan yang dikatakan menjadi mangsa jangkitan koronavirus (Covid-19) dalam laporan sebuah media tempatan semalam, disahkan bukan kakitangan Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) di sini.

Pengarah Kesihatan Pahang Datuk Dr Bahari Che Awang Ngah dalam satu kenyataan hari ini berkata setakat semalam, tiada petugas kesihatan di Jabatan Obstetrik dan Ginekologi (O&G) HTAA dijangkiti Covid-19.

Iklan
Iklan

"Kita berharap penjelasan ini memberi kelegaan kepada pesakit dan mereka yang perlu mendapatkan rawatan di O&G HTAA. Kita sentiasa mengambil langkah sewajarnya dalam memastikan keselamatan dan kesihatan pengguna hospital itu," katanya. -Bernama