PUTRAJAYA - Kerajaan bersetuju membuka semula beberapa sektor ekonomi secara berperingkat dengan garis panduan penjagaan kesihatan dan kawalan pergerakan yang ketat sepanjang tempoh perlanjutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) selama dua minggu ini.
Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, pihaknya memahami keadaan ekonomi negara terjejas kerana sekatan-sekatan dibuat terhadap aktiviti perusahaan, perkilangan dan perniagaan sepanjang tempoh PKP berkuatkuasa.
Sehubungan itu, beliau menegaskan sebuah jawatankuasa khas Kabinet yang dipengerusikan bersama oleh Menteri Kanan Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dan Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaacob diwujudkan bagi meneliti senarai sektor ekonomi yang terpilih dibuka secara berperingkat.
"Saya ingin tegaskan bahawa pembukaan beberapa sektor yang terhad ini bukan bermaksud kita melonggarkan PKP.
"PKP masih berkuatkuasa dan semua arahan yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa mestilah dipatuhi," katanya sewaktu menyampaikan perutusan khas kerajaan melalui saluran media rasmi hari ini.
Muhyiddin berkata, kerajaan tidak akan teragak-agak untuk menarik balik kebenaran diberikan sekiranya terdapat pengusaha, kilang atau syarikat yang melanggar syarat peraturan.
"Senarai sektor ini akan diumumkan oleh kerajaan dalam masa terdekat," katanya.
Terdahulu, Muhyiddin mengumumkan semua sektor perniagaan yang dianggap tidak penting diarahkan menutup operasi sepanjang tempoh pelaksanaan PKP.
Bagaimanapun, masih ada sektor yang dibenarkan untuk terus beroperasi di mana sektor-sektor itu merupakan bidang menjadi penggerak negara seperti air, elektrik, penyiaran, tenaga, komunikasi, pengangkutan, bahan api, peruncitan, bahan makanan dan sebagainya.