IMIM kecam tindakan biadab warga asing

Iklan
Sabarudin Abdul Rahman

SHAH ALAM - Persatuan Inspirasi Muhibah India Muslim Malaysia (IMIM) mengecam tindakan segelintir warga asing yang bersikap biadap terhadap pasukan barisan hadapan semasa menjalani Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD).

Pengerusinya, Sabarudin Abdul Rahman berkata, tindakan sedemikian terhadap anggota tentera adalah tindakan orang yang tidak bertamadun.

Iklan
Iklan

Katanya, pihaknya meminta supaya tindakan tegas diambil terhadap mereka yang didakwa menunjukkan protes dengan melempar barangan dari tingkat atas bangunan.

"Pihak tentera menjalankan tugas yang diamanahkan demi keselamatan dan kesihatan rakyat.

Iklan

"Sungguh mengecewakan dan memalukan perangai segelintir warga asing yang tidak menghormati anggota-anggota kerajaan dan negara,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Dalam masa sama, beliau menyarankan supaya pihak berkuasa lebih bertegas dan menjaga anggota-anggota yang terlibat agar tidak diambil kesempatan oleh warga asing yang tidak bermoral seperti ini.

"Jika mereka ada permit yang sah maka lucutkan permit tersebut dan hantar mereka-mereka ke negara masing-masing. Haramkan mereka jejak kaki ke Malaysia lagi,” katanya.

Iklan