KOTA BHARU - Seorang pengurus kilang ais didenda RM4,500 oleh Mahkamah Majistret, hari ini kerana gagal mematuhi sembilan Notis Menghapuskan Bahaya Kebakaran oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Kelantan.
Tertuduh, Noor Nadiah Fauzi, 33, didenda selepas mengaku bersalah di hadapan Majistret, Mohd Izzuddin Mohd Shukri.