Covid-19: Melaka sambut baik keputusan lanjut PKP

Iklan

MELAKA - Kerajaan Negeri Melaka menyambut baik pengumuman Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berhubung lanjutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang disambung dua minggu lagi atau sehingga 28 April depan.

Menerusi satu kenyataan yang dikeluarkan, kerajaan negeri percaya keputusan dibuat oleh Kerajaan Persekutuan itu merupakan keputusan yang tepat dan terbaik selepas mengambil kira pandangan yang dikemukakan oleh semua pihak, selaras dengan saranan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dan Kementerian Kesihatan Malaysia supaya PKP tidak ditarik terlalu awal.

Iklan
Iklan

Menurut kenyataan itu lagi, keputusan tersebut juga membuktikan keprihatinan kerajaan terhadap aspek keselamatan rakyat yang sentiasa menjadi keutamaan termasuk penangguhan sesi persekolahan di seluruh negara sehingga keadaan benar-benar pulih daripada wabak koronavirus (Covid-19).

"Keputusan kerajaan yang membenarkan sektor ekonomi tertentu untuk kembali beroperasi secara berperingkat dengan mengikut garis panduan penjagaan kesihatan dan kawalan pergerakan yang ketat bertujuan bagi memastikan impak Covid-19 terhadap kesan ekonomi dapat diminimumkan," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Iklan

ARTIKEL BERKAITAN: Covid-19: PKP dilanjutkan hingga 28 April ini

Perdana Menteri hari ini mengumumkan tempoh pelaksanaan PKP yang telah berlangsung sejak sebulan lalu akan dilanjutkan selama dua minggu lagi bermula 15 April hingga 28 April hadapan.

Iklan
Bercakap melalui perutusan khas yang disiarkan secara langsung melalui media rasmi kerajaan, Muhyiddin menegaskan keputusan itu dibuat bagi memberi ruang kepada petugas kesihatan untuk memerangi sepenuhnya penularan pandemik koronavirus (Covid-19) di negara ini.

Menurutnya, keputusan itu juga dibuat setelah mengambil kira nasihat dikemukakan Kementerian Kesihatan (KKM) dan pakar perubatan meskipun pelaksanaan PKP sebelum ini membantu kerajaan mengawal penularan Covid-19 ke tahap stabil.