Mesin sanitasi VBN di Pasar Raja Bot

Iklan
Mesin sanitasi 'Virus Buster Nanospray' memerlukan kelulusan KKM untuk membolehkannya beroperasi sepenuhnya.

KUALA LUMPUR - Persatuan Penjaja dan Peniaga Kecil Melayu Wilayah Persekutuan (PPPKMWP) mengambil inisiatif memasang mesin sanitasi yang dikenali sebagai 'Virus Buster Nanospray (VBN)' di hadapan Pasar Raja Bot bagi memastikan kesihatan dan kebersihan di kalangan pelanggan.

Yang Dipertua PPPKMWP, Mohamad Abdullah berkata, mesin tersebut merupakan hasil sumbangan dari syarikat Zul Design Autotronic dan dengan kerjasama Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) bagi menangani pandemik koronavirus (Covid-19) yang sedang melanda negara sekarang ini.

Iklan
Iklan

"Kami mengharapkan dengan adanya mesin sanitasi itu dapat membantu mengawal penyebaran seterusnya memutuskan rantaian jangkitan Covid-19.

"Mesin ini juga diyakini dapat meningkat tahap keselamatan dan kesihatan pelanggan dan peniaga di pasar ini," katanya.

Iklan
Datuk Mohamad Abdullah

Beliau berkata demikian kepada pemberita pada sidang akhbar selepas majlis penyerahan mesin 'Virus Buster Nanospray' itu merupakan sumbangan daripada syarikat Zul Design Autotronic dan dengan kerjasama Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) di hadapan Pasar Raja Bot di sini hari ini.

Beliau berkata, bagaimanapun pengoperasian mesin sanitasi itu akan dilakukan selepas mendapat kebenaran daripada pihak berwajib.

Iklan

"Kita sedang memohon kepada Kementerian Kesihatan (KKM) untuk pengoperasian mesin ini dan selepas itu ia bakal digunakan oleh pengunjung selepas melakukan pembelian di pasar terbabit.

"Buat masa ini, pihak berkuasa menjalankan pemeriksaan suhu bagi pelanggan sebelum masuk ke pasar tersebut dan selepas ini dengan adanya mesin sanitasi itu ia akan menjadikan suasana di sini lebih praktikal," katanya.

Dalam pada itu, mengulas mengenai pengunjung di pasar itu, katanya bilangan pengunjung agak menurun sedikit berbanding sebelum ini.

"Jika sebelum ini bilangan pengunjung boleh dikatakan 500 hingga 1,000 setiap hari, namun bilangan pengunjung boleh dikatakan turun sehingga 50 peratus," katanya.