'Lanjutan PKP keputusan sukar buat kerajaan, rakyat'

Iklan
Azman

KUALA TERENGGANU – Lanjutan tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) selama dua minggu lagi bermula 15 April hingga 28 April adalah keputusan yang sukar terhadap semua pihak sama ada kerajaan mahupun rakyat.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jabi, Dr Azman Ibrahim berkata, namun begitu, cabaran dan kesukaran itu harus diharungi bersama dengan bersatu hati dan beliau yakin majoriti rakyat faham kewajaran lanjutan tersebut.

Iklan
Iklan

"Memang kita akan melalui kehidupan yang terasa sempit, pergerakan terhad dan tidak sebagaimana normal hari-hari biasa.

"Menjelang Ramadan kesannya lebih terasa. Tiada bazar Ramadan, mungkin tiada solat tarawih berjemaah dan mungkin juga tiada majlis sambutan hari raya aidilfitri.

Iklan

"Semoga kesabaran dalam kesukaran ini membolehkan kita menikmati cahaya di hujung terowong nanti,” katanya yang Exco Pertanian, Industri Asas Tani dan Pembangunan Desa Terengganu dalam satu kenyataan hari ini.

ARTIKEL BERKAITAN: Covid-19: PKP dilanjutkan hingga 28 April ini

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin petang tadi mengumumkan tempoh perlaksanaan PKP yang telah berlangsung sejak sebulan lalu akan dilanjutkan selama dua minggu lagi bermula 15 April hingga 28 April hadapan.

Iklan

Muhyiddin menegaskan keputusan itu dibuat bagi memberi ruang kepada petugas kesihatan untuk memerangi sepenuhnya penularan pandemik koronavirus (Covid-19) di negara ini.

Dr Azman berkata, tidak dinafikan semua rakyat tanpa mengira golongan terkesan dengan pelaksanaan PKP mengikut tahap masing-masing namun kerajaan negeri dan Persekutuan melakukan usaha terbaik dalam meminimumkan bebanan orang ramai.

Antara usaha itu katanya kerajaan memutuskan memberi kelonggaran kepada sektor-sektor tertentu secara berperingkat untuk kembali beroperasi dengan asas dan pertimbangan yang rapi.

"Kita sedang berperang dengan musuh yang tak dapat dilihat. Dengan kesatuan hati, patuh kepada arahan pihak berkuasa, banyakkan berdoa dan kita berserah selebihnya kepada ALLAH. Insya-ALLAH kita akan menang,” katanya.