ATM nafi tentera pakai topi keledar elak air kencing warga asing

Iklan
Tan Sri Affendi Buang

KUALA LUMPUR- Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menafikan dakwaan seperti yang tular di media sosial yang anggota tentera bertugas di Bangunan Selangor Mansion, di sini memakai topi keledar untuk elak air kencing warga asing.

Panglima ATM Jeneral Tan Sri Affendi Buang berkata, pihaknya tidak pernah mengeluarkan arahan untuk anggotanya berbuat demikian.

Iklan
Iklan

"Tidak ada perkara sedemikian (anggota tentera memakai helmet (topi keledar) elak air kencing warga asing ketika bertugas di bangunan Selangor Mansion).

"Pihak ATM hanya memakai helmet (topi keledar) untuk tempat yang diisytiharkan sebagai kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) manakala di tempat lain adalah seperti biasa,” katanya kepada Bernama hari ini.

Iklan
Iklan

Hari ini tular di media sosial mendakwa anggota ATM yang berkawal di Bangunan Selangor Mansion yang dikenakan PKPD memakai topi keledar untuk mengelak air kencing warga asing dari tingkat atas bangunan itu. -Bernama