KUANTAN - Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (Muip) sudah membelanjakan lebih RM1.8 juta bagi membantu golongan asnaf di negeri ini yang terkesan berikutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sejak 18 Mac lalu.
Penolong Pegawai Zakat Unit Faqir Miskin Muip, Mohd Nasrul Hakim Mat Daud berkata, sehingga kini pihaknya telah mengagihkan sebanyak 30,715 beg bekalan keperluan harian secara berperingkat menerusi pegawai Muip cawangan dan jawatankuasa masjid.
Menurutnya, jumlah bantuan terbabit dijangka akan bertambah setelah kerajaan pengumuman lanjutan PKP fasa ketiga bermula 15 hingga 28 April ini.
"Kita yakin lanjutan PKP akan menyebabkan lebih ramai asnaf akan kehabisan bekalan makanan kerana tidak dapat bekerja dalam tempoh lama.
"Jadi pertambahan itu dijangka berlaku dua kali ganda dan pihak kita sudah bersedia serta terus membantu mereka (asnaf)," katanya.
Selain golongan asnaf, Muip turut memberi bantuan kepada mualaf terdiri daripada masyarakat orang asli, Cina dan India di Pahang.
Dalam pada itu, beliau berkata, jumlah bantuan yang paling banyak diagihkan mengikut daerah iaitu Kuantan sebanyak 5,050 diikuti Cameron Highlands (4,500), Pekan (4,460),Jengka (3,800), Jerantut (3,600) Temerloh (3,169), Bentong (2,260) dan Raub (1,500).
Mohd Nasrul Hakim berkata, fasa pertama agihan bantuan bermula 23 Mac hingga 6 April lalu dan fasa kedua akan dilakukan tidak lama lagi.
Mengulas mengenai bantuan untuk orang asli, beliau berkata, bantuan untuk asnaf orang asli banyak dilakukan di daerah seperti Cameron Highlands, Pekan, Jerantut, Bentong, Temerloh dan Bera.
"Sebahagian bantuan sudah disampaikan dan bagi kawasan pedalaman akan dilakukan secara berperingkat dengan bantuan Jabatan Kemajuan Orang Asli (Jakoa)," katanya.
Katanya, pihaknya hanya mengagihkan bantuan makanan namun sekiranya ada keperluan mendesak seperti memerlukan susu anak, pegawai Muip cawangan dibenarkan mengambil keperluan itu di Pasaraya Darul Makmur (PDM).