930kg ubi keladi, mangga Thailand dirampas

Iklan
Sebanyak 300kg mangsa dirampas dalam pemeriksaan ke atas sebuah lori di Kompleks ICQS Bukit Kayu Hitam di sini kelmarin.

BUKIT KAYU HITAM - Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (Maqis) Kedah merampas 930 kilogram (kg) ubi keladi dan mangga dari Thailand yang cuba diseludup ke negara ini di Kompleks Kastam, Imigresen, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Bukit Kayu Hitam di sini kelmarin.

Pengarahnya, Lily Rosalind berkata, hasil pemeriksaan ke atas sebuah lori kira-kira jam 11 malam di ICQS Bukit Kayu Hitam itu menemui 630kg ubi keladi dan 300kg mangga tanpa dokumen sah seperti permit import daripada Maqis dan sijil fitosanitasi dari negara asal.

Iklan
Iklan

"Susulan itu, kita merampas hasil keluaran pertanian dari negara jiran dianggarkan bernilai RM1,206," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurutnya, tindakan mengimport keluaran pertanian tanpa permit yang sah adalah menjadi suatu kesalahan di bawah Seksyen 11(1) Akta Perkhidmatan Kuarantin Dan Pemeriksaan Malaysia [Akta 728].

Iklan

"Jika sabit kesalahan, boleh dihukum di bawah Seksyen 11(3) di bawah Akta sama, yang sabit kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM100,000 atau dipenjara selama tempoh tidak melebihi enam tahun atau kedua-duanya sekali," katanya.

Beliau berkata, Maqis sentiasa memantau dan memeriksa keluaran pertanian di setiap pintu masuk negara demi memastikan tumbuhan, haiwan, karkas, ikan, keluaran pertanian dan mikroorganisma diimport ke negara ini bebas ancaman perosak, penyakit dan bahan cemar.

Iklan