COVID-19

Iklan
Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ternyata membuka rezeki buat peniaga ikan darat (sungai) Mohd Azri Amar Suahni kerana pendapatannya bertambah apabila pasar tersebut menjadi tumpuan penduduk setempat untuk mendapatkan keperluan harian. Dalam tempoh dua minggu pertama pelaksanaan PKP, Mohd Azri mampu meraih hampir RM4,000 dengan hanya menjual ikan sepat benua (sepat siam), ikan keli bendang, ikan keli sungai, ikan haruan, ikan talapia dan ikan puyu di pasar awam Guar Chempedak. - Foto Bernama