Individu gagal beri kerjasama di pusat kuarantin akan didakwa

Iklan
Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) merangkap Menteri Pertahanan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. -Foto Bernama

PUTRAJAYA - Mana-mana individu yang gagal memberikan kerjasama kepada petugas-petugas kerajaan termasuk kakitangan Kementerian Kesihatan seperti doktor atau jururawat akan didakwa di bawah Seksyen 186, Kanun Keseksaan kerana menghalang tugas penjawat awam.

Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, Jika sabit kesalahan mereka boleh dihukum penjara maksimum dua tahun atau denda sehingga RM10,000 atau kedua-duanya.

Iklan
Iklan

"Semalam ada yang bertanya tentang bagaimana tindakan kerajaan kerana ada dalam kalangan rakyat enggan memberikan kerjasama kepada kakitangan Kementerian Kesihatan.

"Misalnya di pusat kuarantin dan mesyuarat pagi ini memutuskan tindakan tegas akan diambil kepada mereka di bawah Seksyen 186, Kanun Keseksaan kerana menghalang tugas penjawat awam," katanya pada Sidang Media (Non-Health) selepas Mesyurat Khas Menteri-Menteri di sini hari ini.

Iklan

Katanya, Polis Diraja Malaysia (PDRM) juga akan bertindak lebih tegas dan tidak akan berkompromi dengan individu yang ingkar melanggar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Jelasnya, ia selaras dengan pengumuman Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin semalam mengenai pelanjutan PKP sehingga 28 April ini.

Iklan

"Mereka yang ingkar dalam mematuhi PKP kali ini akan ditangkap dan dituduh di mahkamah di bawah Seksyen 24 (342) Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988. Bagi kesalahan pertama, boleh membawa hukuman penjara tidak lebih dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

"Bagi kesalahan kedua, boleh membawa hukuman penjara tidak lebih lima tahun atau denda atau kedua-duanya sekali," katanya.