Juruteknik jumpa bom tangan

Iklan
Beberapa butir bom yanh ditemui di Jalan Solok Dogol, Sungai Udang di sini, malam tadi. Gambar kiri: Nazry Kamal

MELAKA TENGAH - Seorang juruteknik menemui tujuh butir bom tangan ketika sedang membersihkan kawasan rumahnya di sini, petang semalam.

Nazry Kamal Hadi, 49, berkata, dia menemui beberapa objek yang diperbuat daripada besi kira-kira jam 6.30 petang.

Iklan
Iklan

Menurutnya, ketika itu dia sedang membersihkan tanah lapang berkenaan yang terbiar sejak tiga tahun lalu bagi memudahkan kerja-kerja menambak tanah yang dirancang untuk membina rumah.

"Bila saya nak bakar sampah serta longgokan kayu, tiba-tiba saya ternampak satu bekas besi dan cuba angkat, tetapi berat.

Iklan

"Kemudian saya hempas ke batu dan bila bekas terbuka saya lihat beberapa butir objek besi seperti bom sebelum memanggil jiran," katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Afzanizar Ahmad berkata, pihaknya menerima panggilan sekitar 7.41 petang semalam dan memaklumkan terdapat empat butir objek dipercayai bom ditemui di kawasan berkenaan.

Iklan

Menurutnya, siasatan yang dijalankan Unit Pemusnah Bom dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Melaka mendapati terdapat tujuh butir bom tangan keseluruhannya ditemui.

"Unit Pemusnah Bom dihantar ke lokasi berkenaan bagi melakukan siasatan dan bom terbabit telah dimusnahkan oleh Unit Pemusnah Bom malam tadi," katanya