MITI teliti pandangan rakyat Malaysia: Ismail Sabri

Iklan
Ismail Sabri ketika sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Khas Menteri-menteri Mengenai PKP di Bangunan Perdana Putra hari ini. -Foto Bernama

PUTRAJAYA - Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri akan meneliti setiap pandangan dan cadangan berhubung kebenaran terhadap beberapa sektor yang dibenarkan beroperasi pada Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) termasuk kedai gunting rambut.

Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, ia berikutan pelbagai berita dan maklumat dikongsikan oleh rakyat di media sosial berhubung kebimbangan mereka berkaitan penularan koronavirus (Covid-19).

Iklan
Iklan

"Insya-ALLAH, saya percaya Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri akan meneliti semua pandangan rakyat dan memperhalusi perkara tersebut," katanya pada Sidang Media (Non-Health) selepas Mesyuarat Khas Menteri-Menteri di sini hari ini.

Semalam kerajaan mengumumkan pelonggaran kepada sembilan industri untuk beroperasi sepanjang tempoh PKP termasuk perkhidmatan gunting rambut.

Iklan

Namun begitu, cadangan membenarkan kedai gunting rambut dan perkhidmatan kesihatan sosial termasuk perubatan tradisional yang berdaftar beroperasi sepanjang PKP ini mendapat pelbagai reaksi dengan ada yang bersetuju dan tidak.

ARTIKEL BERKAITAN: Senarai sektor tambahan dibenar beroperasi dalam PKP

Iklan

Bagi mereka yang tidak bersetuju, rata-rata melahirkan kerisauan kemungkinan berlakunya kluster Covid-19, kluster kedai gunting rambut disebabkan perkhidmatan itu tidak mengamalkan jarak sosial, masa yang diambil lebih daripada 15 minit dan tidak mempunyai pengudaraan yang baik.

Selain itu ada yang turut berkongsikan maklumat terbaru daripada, Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkaitan hasil kajian bedah siasat menunjukkan ada virus di permukaan badan mayat dan menimbulkan kerisauan ia lebih menjangkiti orang ramai di kedai gunting.

Tidak kurang juga ada antara netizen yang berkongsi laporan berita luar negara di mana seorang tukang gunting rambut meninggal dunia disebabkan Covid-19 selepas menerima pelanggan yang positif virus tersebut.