MELAKA TENGAH - Badan bukan kerajaan (NGO) Pembela Klebang Besar dengan kerjasama kerajaan Melaka mewujudkan pusat sehenti jualan hasil pertanian di Pulau Gadong, Klebang di sini yang menjual hasil pertanian dengan harga murah.
Pengerusi Pembela Klebang Besar, Datuk Mohd Yusof Abu Hassan berkata, inisiatif itu bagi membantu golongan terjejas dengan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) membeli makanan berkhasiat dan segar dengan harga murah sehingga potongan 50 peratus.
Iklan
Iklan
"Kita pilih Pulau Gadong, Klebang sebagai perintis selepas berbincang dengan Exco Pertanian, Penternakan, Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Norhizam Hassan Baktee untuk mewujudkan pusat jualan di setiap Dewan Undangan Negeri (DUN) seperti pasar borong dengan menghadkan 10 orang bagi setiap pembelian.
"Ini bukanlah gimik tapi menunjukkan keprihatinan terhadap orang kampung dan jualan di pusat sehenti itu akan bermula minggu depan dengan menetapkan peraturan kepada pengunjung untuk memakai topeng muka, jarak sosial dan menggunakan cecair pembasmi kuman," katanya.
Mohd Yusof berkata, hasil pertanian yang dijual di pusat sehenti itu bukan daripada hasil lebihan ataupun sayur-sayuran yang dibuang dan dikutip.
"Ini bukan lebihan sayur-sayuran atau kita kutip di tong sampah tapi kita beli dan kita ambil hasil-hasil pertanian itu di sekitar Melaka Tengah," katanya.
Artikel Berkaitan