Polis siasat pemilik Twitter 'Mirzi' hina Islam

Iklan
Polis menyiasat pemilik akaun Twitter selepas dipercayai memuat naik gambar dan kenyataan yang menghina agama Islam.

KUALA LUMPUR - Polis membuka siasatan terhadap pemilik akaun Twitter iaitu Mirzi selepas dipercayai memuat naik status bergambar yang menghina agama Islam.

Timbalan Pengarah (Siasatan/Perundangan) Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Deputi Komisioner Mior Faridalathrash Wahid berkata, satu laporan diterima di Kuantan, Pahang kira-kira jam 11 pagi semalam.

Iklan
Iklan

"Siasatan berhubung kes ini sedang dijalankan dan polis dalam usaha mengesan pelaku terbabit.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 298 Kanun Keseksaan, Seksyen 4(1) Akta Hasutan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998," katanya kepada Sinar Harian hari ini.

Iklan

Terdahulu, difahamkan kenyataan bergambar penghinaan itu dimuat naik pemilik akaun sosial terbabit pada 8 April lalu.

Sebelum ini Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador mengingatkan bahawa tiada lagi amaran dikeluarkan terhadap pihak yang cuba membangkitkan sensitiviti perkauman, bangsa dan agama, sebaliknya mereka yang terbabit akan disiasat dan ditangkap serta-merta.

Iklan

Abdul Hamid berkata, isu-isu sedemikian tidak sepatutnya timbul di kala negara sudah 62 tahun mengecap kemerdekaan.