PUTRAJAYA - Bantuan sekali beri atau one-off sebanyak RM200 di bawah Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (Prihatin) kepada setiap pelajar sepenuh masa institusi pengajian tinggi (IPT) awam dan swasta di bawah Kementerian Pengajian Tinggi diperluaskan lagi.
Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, ia meliputi pelajar Tingkatan Enam, pelajar diploma dan setara termasuk di institusi di bawah Kementerian Sumber Manusia, Kementerian Belia dan Sukan serta Majlis Amanah Raya (Mara).